Logo 1Malaysia
"1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia" (Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia)
KR1M pertama di Stesen LRT Kelana Jaya (sumber malaysiakini)
Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) ditubuhkan pada tahun 2011 selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan" bertujuan meringankan beban penduduk berpendapatan rendah di kawasan luar bandar. KR1M menjual pelbagai barangan runcit berjenama Kedai Rakyat 1 Malaysia dalam pelbagai jenis bungkusan yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna untuk membeli berdasarkan keperluan dan kemampuan semasa.
Kebaikan KR1M
Penubuhan KR1M telah memudahkan rakyat Malaysia terutama penduduk luar bandar untuk membeli keperluan asas dengan harga yang lebih murah tanpa perlu bimbang dengan kualiti barangan tersebut. Barangan yang dibungkus dalam pelbagai saiz memudahkan pengguna membeli mengikut keperluan dan kemampuan.
Kerjasama pihak kerajaan dengan Mydin merupakan initiatif yang memberangsangkan. Ini terbukti bahawa pihak swasta dapat memberi sumbangan untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kejayaan yang dicapai oleh KR1M pasti menjadi batu loncatan untuk menambah bilangan kerjasama antara pihak swasta dengan kerajaan dalam program tanggungjawab sosial.
Selain itu, barangan yang dijual di KR1M ditapis sebelum dipasarkan membantu pengguna untuk elak daripada membeli barangan tiruan atau barangan berkualiti rendah. Ini membantu pengguna membeli-belah dengan hati yang tenang.
KR1M juga memberi peluang rakyat tempatan untuk membuka dan menjalankan perniagaan KR1M dalam usaha kerajaan membuka sekurang-kurangnya 85 buah KR1M di seluruh negara sebelum tahun 2013.
Keburukan KR1M
Barangan-barangan di KR1M tidak diisi semula dengan kadar yang cepat setelah habis dijual. Ini merupakan keburukan yang merungsingkan dan akan menyebabkan penurunan kepercayaan rakyat tempatan terhadap KR1M.
Walaupun KR1M bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah, namun ia harus diperkenalkan secara menyeluruh kerana peningkatan kos sara hidup. Dengan membeli barangan runcit yang lebih rendah, penjimatan dapat digunakan untuk tujuan lain.
Kekurangan kemudahan seperti parkir kereta di sekitar KR1M harus dipertingkatkan agar menarik lebih banyak pengguna membeli belah di KR1M.
Sumber Youtube FreeMalaysiaToday
Sumber Youtube massavoice
Harapan
Sebagai seorang pelajar IPT, diharap KR1M dapat ditubuhkan di dalam kampus untuk meringankan beban pelajar akibat peningkatan kos sara hidup.
ContestEntry Terbaik - KR1M: Apa Kata Anda ini dibawa oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub
No comments:
Post a Comment